Tuesday, April 19, 2011

Wahai wanita

Wahai wanita

Wahai wanita,
Harapanmu adalah agar si dia yang istimewa di hatimu
Kekal setia padamu hingga ke hujung hayat,
Kerisauan utamamu,
Adalah dia jatuh hati pada yang lain,
Sayang dan cinta kepada yang selain engkau,
Kerana kau tahu dan sungguh aku lebih tahu,
Bahawa hati lelaki mudah dibolak-balikkan.






Wahai wanita,
Kau bertanya:
Bagaimana mengelak suami daripada berlaku curang terhadapmu,
Di sini aku berikan jawapan untukmu,
Kerana sungguh aku kasihkan kalian saudara seaqidahku,
Dan aku ingin agar kalian bahagia di dunia dan di akhirat,
Bersama pemimpin dan pembimbing yang Allah pilih istimewa buatmu.


Wahai wanita,
Kuperlihatkan buatmu hati dan lojik akal seorang pengkhianat cinta,
Agar kau jauhkan dirimu dan diri dia daripada keburukan ini,
Sungguh hati lelaki bukan begini,
Kami Allah ciptakan punya kasih dan cinta yang mendalam buat kalian (special love untuk sorang tu je tau),
Pemimpin, pelindung, pencinta wanita,
Tapi maksiat boleh mengubah semuanya,
Maksiat yang kau dan aku sama-sama redha dengannya…


Apabila kucurang padamu, apabila kumain dengan yang lain…
Kau katakan padaku:

“Sampai hati kau khianati kasih cintaku padamu selama ini!”

Maka akan kukatakan kembali kepadamu:
“Bukankah sebelum berkahwin kita telahpun biasa MENGKHIANATI kasih cinta Allah kepada kita. Apalah sangat bagiku menghianati engkau yang telah hilang rupa dan cantik badanmu!”.

Kau dan aku sama-sama tahu bahawa Allah telah menciptakan kita padahal sebelumnya kita tidak wujud sama sekali:
“Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, padahal (sebelumnya) dia tidak wujud sama sekali” [Surah Maryam 19: 67]


Allah tidak untung walau sedikit pun dengan menciptakan kita, dan Allah tidak rugi walau sedikit pun jika kita tidak diciptakan-Nya. Tetapi Allah telah menciptakan kita atas dasar kasih dan cinta semata-mata. Kerana Allah cintakan kita, maka kita dicipta-Nya. Agar kita berpeluang mendapat nikmat syurga-Nya yang kekal abadi:





“Sungguh orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan syurga Firdaus sebagai tempat tinggal. Mereka KEKAL di dalamnya, mereka tidak ingin pindah dari sana” [Surah al-Kahfi 18: 107-108]

Untuk mendapatkan syurga Allah ini, caranya Allah tunjukkan dengan terang dan jelas bagi kita agar kita tidak mungkin terlepas daripada memperolehnya. Kerana sungguh Allah kasihkan kita dan Allah mahu setiap hamba-Nya masuk ke dalam syurga-Nya:

“Sungguh orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung”. [Surah al-Buruj 85: 11]

Amaran daripada jalan-jalan yang akan menghancurkan kita juga telah Allah kemukakan kepada kita dengan terang dan jelas. Kerana Allah cintakan kita, dan sungguh Allah tidak mahu walau seorang pun hamba-Nya menghumbankan dirinya ke dalam neraka:

“Adapun orang-orang yang berbuat kejahatan (akan mendapat) balasan kejahatan yang setimpal dan mereka diselubungi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun daripada (azab) Allah, seakan-akan wajah mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. [Surah Yunus 10: 27]
Betapa pemurahnya Allah menciptakan kita kemudian sudi memberi rezeki kepada kita walaupun kita sering lupakan Dia.

Tapi kau dan aku dulu tidak segan silu menginjak-injak kasih sayang Allah kepada kita. Kita LEMPARKAN petunjuk-Nya kepada kita yang Dia berikan untuk kita, agar kita mendapat syurga-Nya dan jauh daripada azab-Nya!:

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Zina itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”. [ Surah al-Israa’ 17: 32]





Allah melarang kita daripada mendekati zina. Jangankan zina yang sebenarnya, mendekatinya pun kita DILARANG sama sekali. Dan kau dan aku tahu yang dimaksudkan ‘mendekati zina’ adalah semua perbuatan yang boleh membawa kepada zina, walaupun perbuatan tersebut sendiri tidak dilarang.

Bercintan-cintun, berjumpa berduaan-duaan sedang kita sama-sama tahu perasaan dan keinginan hati masing-masing. Berdating walaupun tidak pegang tangan atau raba sana-sini (lagikan kalau buat!), mahupun berdating di ‘tempat awam’ konon, padahal semua orang yang IQ-nya cukup taraf tahu bahawa sebenarny tiada orang yang akan hiraukan kita (membuat maksiat). Ber-sms dan ber-chating; kita katakan tidak berdua-duaan dan tidak berpegang-pegangan, padahal akal kita yang mampu masuk universiti juga tahu bahawa ber-sms akan membawa kepada berjumpa (apa susahnya bila dah mahu), berjumpa akan membawa kepada berpegang-pegangan, dan seterusnya…sebagaimana yang akal kita mampu fikirkan jika otak kita tidak terencat atau IQ terlalu rendah.


Tapi kau dan aku dulu, dengan selamba kita KHIANATI kasih cinta Allah kepada kita. Kita bercintan-cintun, ber-sms ayang-anje, berdating, berdua-duaan bagai suami isteri. Kita HINA syariat Allah, kita HINA petunjuk yang Allah berikan kepada kita.

“Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku”. [Surah Az-Zaariyaat 51: 56]

Allah ciptakan kita agar kita mengabdikan diri kepada-Nya, tapi kau dan aku dulu, kita memperhambakan diri kepada nafsu syahawat. Kita utamakan nafsu bersulamkan cinta dusta daripada Sang Pencipta yang sungguh kasihkan kita.
Sekarang kau mahu tuntut agar aku hargai sejemput sumbanganmu kepadaku? Sedangkan Allah beriku nyawa dan kehidupan, Allah kasihkan aku lebih daripada engkau mampu kasihkan aku didarab dengan berbillion-billion pun, Allah tawarkan kepadaku dunia ini dan syurga yang kekal abadi, itupun aku khianati (pemberian)-Nya dan hina (kasih sayang)-Nya (dengan bantuan dan galakanmu juga!). Masakan rayuanmu sekarang akan kuhiraukan, apa classnya engkau?

Kini kau mahu larang aku bergurau mesra, ber-sms manja, ‘berdating Islamic’ di tempat awam dengan yang tidak halal buatku. Padahal dulu semasa kau belum halal buatku, OK seronok je kita buat semua tu. Kan ke kita dulu ‘tak buat salah’ pun. Sekarang kukembalikan kepadamu lojik kita dulu: “Aku tak buat salah pun. Tak pegang-pegang, tak bawak ke katil. Tak langgar syara’ ape, apasal nak marah?”

Wahai wanita,
Ini bukanlah hati lelaki secara fitrahnya,
Tetapi inilah hati lelaki apabila dikotori maksiat.
Jika Allah yang Maha Pemurah, Maha Berkuasa, Maha pedih azabnya juga dikhianati,
Apa kau rasa engkau punya kuasa untuk menghalang khianat lelaki yang dikuasai nafsu?


Bagaimana mahu pastikan suami tidak curang? Jawapannya: jangan mulakan hubungan dengan bermaksiat kepada Allah. InsyaAllah Allah akan pelihara engkau dan dia, jika sama-sama berusaha dan berdoa. PASTI Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh dan sentiasa mengharap kepada-Nya.
Tapi jika sama-sama telah redha dengan dosa, apa mahu dikata apabila dia berdosa kepada engkau? Padahal dulu engkau juga redha dengan dosa yang sama. Jika dosa yang menjadi asas ikatan kalian, maka bagaimana engkau mahu menghadap Allah memohon, merayu pertolongan-Nya apabila kalian paling memerlukan-Nya…



Fitrah kami adalah mencintai kalian.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More